Tuesday, May 24, 2016

Artikel Copy Paste-Taman Rempah Tropika, Pulau Pinang

Taman Rempah Tropika, Pulau Pinang

Taman Herba Tropika yang terletak berhadapan Selat Melaka ini adalah sebuah taman eko-pelancongan yang mensasarkan golongan asing yang ingin tahu mengenai rempah ratus dari Asia. Terletak di kawasan lereng bukit menghadap laut di Teluk Bahang dan hanya tiga minit perjalanan dengan kereta dari Batu Ferringhi, Taman Rempah Tropika ini cukup menarik dan projek agro-pelancongan yang dibiayai secara persendirian dan disokong kerajaan Pulau Pinang.Menghimpunankan khanzanah fauna sejak dibuka pada tahun 2003.

Tarikan utama:
  • Meliputi kawasan landskap kira-kira 2.4 hektar daripada 3.2 hektar keluasan hutan. Menyediakan lebih 500 jenis tumbuhan tropika yang subur dan eksotik dari seluruh dunia termasuk rempah asli dari Malaysia, paku-pakis eksotik dari Amerika, bunga-bungaan dan herba.
  • Tiga pintu masuk khas yang disediakan termasuk Taman Air (Water Garden), Bilik Cycad (Cycad Room), Taman Pisang/Heliconia (Banana/Heliconia Bank), Lereng Rempah-Ratus (Spice Terraces) dan Taman Buluh (Bamboo Garden).
  • Terdapat taman lain iaitu Laluan Halia (Ginger Walk), Lereng Gula (Sugar Terrace), Lembah Hiasan (Ornamental Valley), Dinding Croton (Croton Wall), Laluan Pakis (Fern Walk) dan Denai Hutan (Jungle Trail). Taman itu menyediakan trek bagi memudahkan pengunjung melihat pelbagai jenis herba dan tumbuhan.Trek herba akan membawa anda menyusuri lebih 100 jenis rempah-ratus dan herba tropika yang mempunyai nilai perubatan seperti tongkat Ali, kacip Fatimah, misai kucing dan pokok kayu manis. 
  • Trek Hutan membawa anda melawat Sugar Terrace yang membariskan beraneka pokok tebu dan lorong paku pakis. Trek tumbuhan hiasan pula akan melalui taman air, bank heliconia/pisang, taman halia dan kawasan yang dipenuhi pokok bunga puding aneka warna.
  • Taman Buluh dan Kios Teh kerana deruan air bukit yang dingin yang memukul batuan memberikan alunan muzik tersendiri. 
  • Keenakan teh bunga suam yang disajikan 
  • Merendam kaki di ‘spa ikan’ mini dengan pemandangan hijau cukup mengujakan. 
  • Bersantai menikmati keindahan alam semula jadi yang disajikan di Taman Rempah Tropika ini dengan berbuai di buaian kayu yang dipasang di atas pokok.
  • Kemudahan sistem lawatan audio taman (garden Audio Tour) membantu pengunjung mengenali pelbagai jenis herba di taman seluas lapan hektar ini. Ia disediakan dalam tujuh bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Arab, Jepun, Jerman dan Perancis.
  • Night Walk turut ditawarkan iaitu setiap Sabtu kedua dan keempat setiap bulan dengan bayaran RM80 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak).

Taman Herba Tropika ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang.  

Tiket: 
RM26 (dewasa)
RM20 (kanak-kanak) 
RM15 (kanak-kanak di bawah lima hingga 12 tahun) dan 
RM20 (pelajar)

Perkhidmatan pemandu pelancong
RM35 (dewasa), 
RM28 (warga emas),
RM20 (kanak-kanak) dan
RM28 (pelajar).
Lokasi : Lone Crag Villa, Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang,11100, Penang

Images:











credit to:
http://havoc2roll.blogspot.my/2015/03/taman-rempah-tropika-pulau-pinang.html

No comments:

Post a Comment